Theme Preview Rss

Search This Blog

JAHITAN TAHUN 5

ASAS ALATAN TANGAN JAHITAN

FUNGSI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

FUNGSI
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan cekap.

1. Menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,
bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan.
2. Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulatif di kalangan murid.
3. Merangsang dan menjana minda murid
4. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi menghasilkan
inovasi dan reka cipta.
5. Mewujudkan suasana kelaianan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
6. Memaksimumkan penggunaan kelengkapan di kalangan murid terhadap pelajaran inovasi dan
reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan tangan yang lengkap.
7. Memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan
dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kehidupan seharian.