Theme Preview Rss

Search This Blog

Loading...

BERI MAKANAN IKAN - SATU TERAPI DALAM KEHIDUPAN HARIAN

JAHITAN TAHUN 5

ASAS ALATAN TANGAN JAHITAN

LATAR BELAKANG BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SK TAIPING

Bengkel Kemahiran Hidup ini merupakan salah sebuah bilik khas yang diwujudkan pada tahun 2002. Bengkel ini terletak di bangunan Blok F Sekolah Kebangsaan Taiping. Bangunan Blok F ini merupakan bangunan baru yang di bIna pada tahun 2002. Setelah siap bangunan ini dibina pihak Pentadbiran telah mewujudkan satu bilik khas untuk dijadikan Bengkel Kemahiran Hidup sejajar dengan keperluan pendidikan terkini. Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini memerlukan bilik khas untuk dijadikan tempat Pengajaran dan Pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementertian.
Kewujudan Bengkel ini akan menarik minat murid terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup selaras dengan Objektif Kemahiran Hidup iaitu sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakat, minat dan estetika murid dalam bidang kemahiran hidup. Mata pelajaran ini lebih kepada aspek amali dan dengan wujudnya bengkel ini pihak sekolah dapat meningkatkan kualiti asas kemahiran hidup seterusnya menjadikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang paling digemari. Guru-guru akan lebih mudah untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih interaktif.